ES DIGITAL telah ditubuhkan pada 11hb Jun
2009, ianya sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya.
Pada dasarnya syarikat berkecimpung dalam
bidang fotografi. Syarikat juga menjalankan perkhidmatan pencetakan , pencetakan
gambar , Graphic Design , Sewaan Kelengkapan Perkahwinan dan Perunding
perkahwinan. Selain itu syarikat juga sedia menerima tempahan gambar ukuran
pasport berkumpulan , Kad Kahwin , Kad Hari Raya , Baner , Bunting , Kelender ,
Kad Kerja/Pelajar dan lain – lain. Ini
kerana syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal – pembekal yang
membolehkan pihak syarikat membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak
syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.
secara sambilan selama 3 tahun kerana ingin menimba pengalaman dalam bidang ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini pemilik telah mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan dalam bidang fotografi. Pengurus Syarikat adalah seorang bekas pelatih Pusat Giat MARA Cameron Highlands dan syarikat mempunyai seorang jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar setiap majlis yang ditempah pelanggan. Syarikat juga diberi kepercayaan oleh Pusat Giat MARA Cameron Highlands bagi melatih dua orang pelatih dalam program Prantisan selama enam bulan dan syarikat merancang untuk terus mengambil pelatih dalam Program Perantisan ini.